Monday, April 27, 2015

On 2:34 PM by Unknown in    No comments
TAJUK : Kita hanya perlu jemput sahaja.

**************************

Assalamualaikum Ya Ustaz.

Mungkin saya terlewat untuk submit cerita tapi kejadian ini baru sebentar tadi berlaku pada pukul 11.30 malam.

Sebenarnya semalam [11.4.] saya ada buka youtube dan menonton satu ceramah dari Indonesia oleh Ustaz Yusuf Mansur. 

Dari video itu saya mendapat tips MENJEMPUT REZEKI MELIMPAH iaitu

1. Membaca Al-Waqiah selepas subuh dan asar

2. Membaca zikir Ya Fatah dan Ya Razzaq. Jumlahnya boleh 11 x, 33x atau 111x atau seberapa banyak yang kita suka selepas setiap solat fardhu

3. Jika inginkan sesuatu niatkan sebelum sedekah "Ya Allah, ku ingin _____ {hajat di hati} dengan duit yang tidak seberapa ini. Maka aku kembalikan sejumlah duit ini ke jalan mu dan bantulah aku untuk mendapatkan _____ {hajat di hati}

4. Sebab kenapa kita perlu DHUHA ialah untuk membayar hutang kita kepada Allah. Setiap sendi kita mesti bayar hutang kepada Allah. setiap saat Allah bagi kita nafas dan berjuta2 nikmat namun apakah kita bayar Allah?

5. Solat sunat sebelum dan selepas solat fardu umpama sayap bagi solat Wajib.

6. Selawat

====

Alhamdulillah selepas mendapat tips ini saya terus applykan.

Pagi tadi saya bangun Subuh dan saya buat semua tips2 di atas. Dengan keyakinan yang Allah pasti gandakan rezeki saya solat dhuha, selepas solat wajib sy zikir Ya Fatah dan Ya Razzaq juga Ya Wahhab. 

Saya buat solat sunat sebelum dan selepas solat wajib walaupun sebelum ini saya amat2 jarang buat kecuali jika solat di masjid. Al waqiah juga saya baca pagi dan asar tadi.

Petang tadi juga saya ada tonton video Ustaz yakni penerangan ustaz mengenai gambar semut pada buku MMR. Dan ustaz mendapat rambutan segar terus dari pokok. 

Video itu menambah keyakinan saya yang jika kita buat apa yang ALLAH suka pasti ALLAH akan beri kita rezeki yang tidak disangka2.

Sampai tips sedekah, saya sedih sebab dalam akaun bank ada Rm29 sahaja. Namun saya transferkan juga rm6 kepada seseorang. 

=====

Namun hajat saya masih tidak tercapai iaitu mendapatkan 5 org customer . Tapi saya yakin dengan rezeki Allah. Mungkin tidak dapat hari ini mungkin esok sebab hari ini baru hari pertama saya applykan tips2 di atas.

Namun pada pukul 11.30 malam sebentar tadi. Seorang lelaki PM saya dan berhajat untuk membeli 4 buah product saya. Saya tergamam, saya terkejut kerana dia tidak seperti customer lain yg akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai product saya itu. Tapi beliau terus meminta no acc dan katanya akan bank in malam ini juga. MASYA-ALLAH, SUBHAN-ALLAH. 

Menitik air mata saya ustaz.

Sesungguhnya Allah menguji saya dari awal pagi yang hanya dapat seorang customer, sampai 11.30 Allah beri kejutan buat saya.

Saya fikir, mungkin Allah menguji setakat mana keikhlasan saya untuk beribadah. Dan juga mungkin menguji sejauh dan sebanyak mana KEBERGANTUNGAN saya pada Allah.

ALHAMDULILLAH, benarlah REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH.

Kita hanya perlu jemput sahaja.

Ustaz, jika cerita saya ini tidak dipilih tidak mengapa kerana atleast jika Ustaz baca sampai habis pun saya sudah gembira.

Video ustaz di youtube menambahkan lagi keyakinan saya.

Terima kasih ustaz. Doakan saya kaya dan jberjaya serta istiqomah dalam beribadah. Amin 

Sumber : Facebook Mudahnya Menjemput Rezeki

0 comments:

Post a Comment