Sunday, May 18, 2014

On 3:10 AM by Unknown in ,    No comments
[ MASTER COORDINATOR] - By Master Herny
salam sayang~ cycle ni dah masuk MAY... masa kian berlalu~~~
sedetik demi sedetik~~ bagi yg belum master sila kejar impianmu secepat mungkin~
saya sekarang di pantai hospital. dulu memang tak mampu nak duk private hospital. ingat lagi masa tu anak sakit teruk takde insuran. umur baru 2 bulan.
masuk hospital dah la baby, memamg la tak selesa hospital government esp gh penang. boleh tanya Mareeya Muda betapa sebuk ward paedriatrik.
tengah malam kena pindah2 p duk belakang.
tapi semalam ni anak tak sihat bawak ke private.insuran saya masih dalam waktu matang lagi 10 hari. so rugi kalau pakai.
nasib baik dah jadi master. mampu nak bayar hosp private tanpa insuran. bukan saya nak berlagak..
tapi memang utk keselesaan anak + parents memang lebih privacy kat private. treatment lebih kurang... semalam punya doktor pon mo kat GH jugak
bagi saya memang terasa berbeza la.. maybe anda dah biasaa ke private tapi saya ni first time. n tak payah minta cuti bagai... beza sangat dengan masa dulu
alhamdulillah dah 10 bulan saya bergelar MASTER dgn total income saya sepanjang bersama SHAKLEE hampir 600k dalam masa 22 bulan.
jika saya masih bekerja 22 bulan =RM77 000
perbezaan lebih 1/2 JUTA!
itu saya~~~ macam perubahan yg saya rasa! daripada sesak ke lapang, daripada susah ke freedom! itu saya~~~ bagaimana dengan ANDA?
BILA LAGI? TENTUKAN!
sekarang dah bulan MAY! bangun dari mimpi mu~~~ kejar IMPIAN!
jalan dah terbentang cuma perlu pecut!!!
-----------------------------
Jom muhasabah balik kita berada di tahap mana pada 1 tahun yang lalu?
Adakah masih di tahap yang sama dengan kita pada hari ini?
Kalau masih sama, adakah kita masih nak buat perkara yang sama sepanjang setahun berikutnya?
Saya juga bermula sebagai Distributor biasa pada Sept 2012.
6 bulan kemudian saya naik SUPERVISOR pada March 2013 dgn bonus RM1.6k+.
9 bulan kemudian saya naik Master pada Nov 2013 dengan bonus RM34k+. Syukur Alhamdulillah.
Jalan semua dah terbentang luas dalam bisnes Shaklee. Jangan duk tengok saja kejayaan orang lain, tapi diri sendiri masih TAK BERTINDAK!!
YOUR BIGGEST ENEMY IS YOUR COMFORT ZONE!!
Hanya orang yang ada IMPIAN & TINDAKAN LUAR BIASA saja yang akan dapat hasil LUAR BIASA.
A YEAR FROM NOW, YOU WILL WISH YOU HAD STARTED TODAY!!
All the best to all!!
Salam Sayang,
~Presidential Master To Be Maria~
c/p : facebook maria firdaus' millionaire shaklee

Sila email ke krimcendawan@yahoo.com untuk pertanyaan. 
Shaklee Independent Distributor. 
Rabiatul adawiyah.
1120905.
0139214771. 
Untuk pembayaran : 
Maybank : 164388855192

Tuesday, May 13, 2014

On 2:58 AM by Unknown in    No comments



Hayati...
Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia!
Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata, memang betul)
Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseorangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , orang pertama yang datang, Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang boleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak.
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak.
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak.
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefon , Mak .
Bila seronok , orang pertama aku nak beritahu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak.
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila aku sakit , orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
Kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
Bila nak kahwin , orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .
Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila seronok , aku cari , Pasanganku . TAPI
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku.
TAPI
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak.
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
TAPI
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku.
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku TAPI
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut ulangtahun, Aku bagi hadiah pada Pasanganku
TAPI
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku...
TAPI
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku ...
TAPI
Entah bila , aku nak telefOn mak...
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku
TAPI
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak...
Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak...
Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "
Berderai air mata jika kita mendengarnya . Tapi kalau mak SUDAH TIADA......?
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
Berapa ramai yang sudah hantar IBUNYA TUNAIKN UMRAH DAN HAJI...
Dgn belanja sendiri....?
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya...?
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya...?
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...?
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....?
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...?
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya....?
Kerana JAHILNYA ILMU TTG AGAMA?
BERUNTUNGLAH BUAT ANDA YG MASIH ADA IBU.......
Semuanya kerana MAK! @ IBU! @ UMMI! @ MAMA!
Terkasih dan tersayang
Sebab itulah kita perlu berkerja keras hari ini untuk kita membahagiakan mereka.
c/p : Mohd Firdaus Mat Saad
"Jom Ubah Diri Jadi Hamba Yang Soleh Dan Solehah"
"Sayangi Ibu Kita Setiap Hari"

Wednesday, May 7, 2014

On 3:27 PM by Unknown   No comments


Tokoh yang pertama mengetengahkan model profiling 4 kuadran adalah Hipocrates (460-370 S.M). Menurut beliau, kesihatan dan karakter kita bergantung kepada keseimbangan 4 cecair di dalam tubuh iaitu:
1. Darah merah (Erythrocyte)
2. Pleghm (respiratory secretion)
3. Yellow bile (empedu kuning)
4. Black bile (empedu kuning)

Kombinasi takat keseimbangan 4 cecair ini melahirkan empat bentuk keperibadian manusia iaitu:
• Predominan darah merah > sanguine
• Predominan empedu kuning > choleric
• Predominan empedu hitam > melancholic
• Predominan cairan pernafasan > phlegmatic

Kemudian Ibnu Sina (980-1037) menjadi perintis dalam bidang perubatan psikofisiologi dan psikomatik. Beliau mengembangkan teori Hipocrates sehingga meliputi aspek emosional, kapasiti mental, perilaku moral, self-awareness, pergerakan dan juga mimpi. Beliau kemudian menulis buku Al-Qanun fi at-Tib.

Secara ringkasnya, Ibnu Sina membahagikan perwatakan peribadi manusia kepada berikut:
• Sanguine / sifat panas & lembab (hot & moist)
• Choleric / sifat panas & kering (hot & dry)
• Melancholic / sifat dingin & kering (cold & dry)
• Phlegmatic / sifat dingin & lembab (cold & moist)
Hal ini disebutkan di dalam al-Qur’an bahawa Tuhan mendeskripsikan manusia tercipta dari:

1. Air (As Sajdah; 32:8) yang memiliki sifat dingin & basah;
2. Bumi (Ali Imran; 3:59) yang memiliki sifat dingin dan kering;
3. Tanah liat mentah (raw clay) (Al A’raaf; 7:12), yang memiliki sifat panas & basah;
4. Tanah kering seperti tembikar (sounding clay) (55:14), yang memiliki sifat panas dan kering.

Kemudian, Ibnu Sina menggambarkan 4 keperibadian tersebut dari dingin, panas, lembab dan kering dalam bentuk istilah elemen Tanah (Melancholic), Api (Choleric), Air (Phlegmatic), dan Udara (Sanguine). Teori ini masih digunapakai hingga ke hari ini.


(contoh ujian di sini: http://personality-testing.info/tests/4T.php)

from fb tarbiyah kreatif

Friday, May 2, 2014

On 8:53 PM by Unknown in    No comments

Apa Nak Buat Kalau Belum Berjaya?

by AZIZAN OSMAN

Jika apa yang kita inginkan belum tercapai, apa yang anda patut buat? Ada 9S yang anda boleh buat! :-

1- Bersyukur- Bersyukur?? Ya! Bersyukur kerana prinsip bersyukur adalah, setiap apa yang kita syukuri akan membawa nikmat lebih banyak dari Allah swt.

2- Bersedekah- Dah tak dapat lagi mahu sedekah? Ya! Sedekah! Sedekah adalah hikmah Allah swt untuk mengajar manusia menzahirkan kesyukuran. Sedekah sedikit ikut apa yang kita rasa suka. Berdoa juga berkat sedekah tersebut Allah swt akan sentiasa perbaiki hati kita, sangkaan kita dan membantu menguruskan seluruh urusan hajat kita.

3- Salam- Ya! Memberikan salam kepada setiap muslim lain yang kita jumpa samada kenal atau tidak! Salam membuka pintu rezeki kerana barangsiapa yang menyambung silaturrahim, Allah swt membuka pintu rezekinya. Salam juga adalah cara kita mendoaka kesejahteraan orang lain, barangsiapa yang mendoakan orang lain kebaikan, dia akan mendapat kembali kebaikan tersebut.

4- Senyum- Senyum? Susah ni! Tak capai matlamat! Tertekan dan kena senyum? Ya! Senyum adalah sedekah, sesiapa yang bersedekah, Allah swt akan memberikan dia lebih banyak lagi. Dan senyuman membuka pintu rezeki. Senyuman juga akan membantu kita fokus kepada apa yang baik di keliling kita dan itu penting, kerana apa yang kita fokus, itulah yang kita akan dapat. Bukankah Allah swt mengikut sangkaan hambaNya?

5- Sujud- Ya! Lebih banyak ujian yang hadir, lagi banyak anda mahu capai tingkat seterusnya dalam hidup anda, lebih banyak sujud yang anda perlukan. Sujud di solat-solat wajib dan banyakkan sujud di solat-solat sunat seperti tahajud, dhuha, sebelum dan selepas solat fardhu, solat hajat, istikharah dan taubat setiap malam. Sujud adalah saat seseorang hamba paling hampir dengan Tuhannya. Waktu sujud terakhir adalah di antara saat doa paling makbul. Berapa banyak kita bersujud menentukan banyak perkara keberkatan dalam hidup kita.

6- Selawat- Ini juga rahsia besar untuk mencapai segala hajat atau memperbaiki hidup dunia akhirat. Sudahkah anda berselawat 1,000x setiap hari? Jika tak mampu 100x? Mana nak dapat dengan setiap satu selawat kita, Allah swt dan malaikat balas balik 10x? Setiap doa kita akan didoakan semula 10 kali ganda!

7- Sumbang- Berapa banyak anda menyumbang tenaga, masa dan apa yang anda mampu kepada membantu orang lain mengikut kebolehan dan kepakarwn anda? Orang yang memberi, sentiasa akan diberi semula lebih banyak dariNya. Itu hukum alam, the more you give, the more you get. Ilmu menjadi ikhlas adalah melakukan lebih banyak dari apa yang dibayar atau diperlukan. Terutamanya kepada orang yang paling hampir kepada kita. Suami, isteri, ibu bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, jiran dan ramai orang lain.

8- Serah- Serah atau penyerahan; submit diri kita totally kepadaNya di dalam setiap tindakan kita. Minta Dia yang uruskan dan kita buat sebagai level manusia yang hanya mampu sekadarnya. Sebenarnya mana kita ada upaya menjadikan sesuatu. Kita hanya mampu Doa, Ikhtiar, Ilmu dapatkan dan tawakkal. Bila kita lakukan dengan penuh penyerahan, Dia tahulah nak aturkan terbaik untuk kita.

9- Sabar- Sabar di dalam setiap situasi, cabaran atau ujian. Sabar dalam doa, usaha, sabar dalam muhasabah diri, sabar dalam memperbaiki diri, sabar dalam memahami kesilapa diri, sabar di dalam berdoa, sabar di dalam segala aspek. Maksud sabar bukan tunggu tapi maksudnya bertenang. Jika belum capai, teruskan buat dalam sabar. Bila kita tidak sabar, kita akan tercabar!

- AzizanOsman -

Silakan baca, berkongsi & komen di bawah!