Monday, April 27, 2015

On 2:34 PM by Unknown in    No comments
TAJUK : Kita hanya perlu jemput sahaja.

**************************

Assalamualaikum Ya Ustaz.

Mungkin saya terlewat untuk submit cerita tapi kejadian ini baru sebentar tadi berlaku pada pukul 11.30 malam.

Sebenarnya semalam [11.4.] saya ada buka youtube dan menonton satu ceramah dari Indonesia oleh Ustaz Yusuf Mansur. 

Dari video itu saya mendapat tips MENJEMPUT REZEKI MELIMPAH iaitu

1. Membaca Al-Waqiah selepas subuh dan asar

2. Membaca zikir Ya Fatah dan Ya Razzaq. Jumlahnya boleh 11 x, 33x atau 111x atau seberapa banyak yang kita suka selepas setiap solat fardhu

3. Jika inginkan sesuatu niatkan sebelum sedekah "Ya Allah, ku ingin _____ {hajat di hati} dengan duit yang tidak seberapa ini. Maka aku kembalikan sejumlah duit ini ke jalan mu dan bantulah aku untuk mendapatkan _____ {hajat di hati}

4. Sebab kenapa kita perlu DHUHA ialah untuk membayar hutang kita kepada Allah. Setiap sendi kita mesti bayar hutang kepada Allah. setiap saat Allah bagi kita nafas dan berjuta2 nikmat namun apakah kita bayar Allah?

5. Solat sunat sebelum dan selepas solat fardu umpama sayap bagi solat Wajib.

6. Selawat

====

Alhamdulillah selepas mendapat tips ini saya terus applykan.

Pagi tadi saya bangun Subuh dan saya buat semua tips2 di atas. Dengan keyakinan yang Allah pasti gandakan rezeki saya solat dhuha, selepas solat wajib sy zikir Ya Fatah dan Ya Razzaq juga Ya Wahhab. 

Saya buat solat sunat sebelum dan selepas solat wajib walaupun sebelum ini saya amat2 jarang buat kecuali jika solat di masjid. Al waqiah juga saya baca pagi dan asar tadi.

Petang tadi juga saya ada tonton video Ustaz yakni penerangan ustaz mengenai gambar semut pada buku MMR. Dan ustaz mendapat rambutan segar terus dari pokok. 

Video itu menambah keyakinan saya yang jika kita buat apa yang ALLAH suka pasti ALLAH akan beri kita rezeki yang tidak disangka2.

Sampai tips sedekah, saya sedih sebab dalam akaun bank ada Rm29 sahaja. Namun saya transferkan juga rm6 kepada seseorang. 

=====

Namun hajat saya masih tidak tercapai iaitu mendapatkan 5 org customer . Tapi saya yakin dengan rezeki Allah. Mungkin tidak dapat hari ini mungkin esok sebab hari ini baru hari pertama saya applykan tips2 di atas.

Namun pada pukul 11.30 malam sebentar tadi. Seorang lelaki PM saya dan berhajat untuk membeli 4 buah product saya. Saya tergamam, saya terkejut kerana dia tidak seperti customer lain yg akan mendapatkan maklumat lanjut mengenai product saya itu. Tapi beliau terus meminta no acc dan katanya akan bank in malam ini juga. MASYA-ALLAH, SUBHAN-ALLAH. 

Menitik air mata saya ustaz.

Sesungguhnya Allah menguji saya dari awal pagi yang hanya dapat seorang customer, sampai 11.30 Allah beri kejutan buat saya.

Saya fikir, mungkin Allah menguji setakat mana keikhlasan saya untuk beribadah. Dan juga mungkin menguji sejauh dan sebanyak mana KEBERGANTUNGAN saya pada Allah.

ALHAMDULILLAH, benarlah REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH.

Kita hanya perlu jemput sahaja.

Ustaz, jika cerita saya ini tidak dipilih tidak mengapa kerana atleast jika Ustaz baca sampai habis pun saya sudah gembira.

Video ustaz di youtube menambahkan lagi keyakinan saya.

Terima kasih ustaz. Doakan saya kaya dan jberjaya serta istiqomah dalam beribadah. Amin 

Sumber : Facebook Mudahnya Menjemput Rezeki

Tuesday, April 14, 2015

On 9:52 PM by Unknown in    No comments
Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah. 

Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?

1. Mudah tertekan (stress)
2. Kulit sangat kering dan bersisik
3. Tapak kaki keras dan kasar
4. Luka lambat sembuh
5. Mudah selesema atau bersin
6. Wajah tampak lebih tua berbanding umur (Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen)
7. Mudah mendapat ulcer
8. Mudah demam
9. Penyakit skurvi

Adakah anda mempunyai tanda-tanda di atas? Bertindak sekarang!


Vitamin C Shaklee:

Sustained-Release Vita-C 500mg - Suplement Vitamin C pertama yang mempunyai ciri pelepasan berperingkat (sustained-release). Melepaskan 100mg Vitamin C setiap 1 jam secara berperingkat.

Vitamin C membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan, kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan, membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi, membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka, membina kalogen untuk kulit yang sihat,bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan, meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.

1 tablet Vita-C Shaklee bersamaan dgn 7 biji oren.
1 botol mengandungi 180 tablet, untuk kegunaan sehingga 6 bulan!

SANGAT JIMAT!

Adawiyahmastershaklee
0139214771
On 5:32 AM by Unknown in    No comments
shaklee


"730 oz stok susu terkumpul selama sebulan berpantang. Biarlah kita berkorban sedikit wang demi memberikan yang terbaik buat yang tersayang." - Puan Mazlifah

"30 oz hingga 37 oz hasil perahan sehari walaupun bayi dah berusia 8 bulan." - Puan Siti Nor Farina

"1 oz meningkat kepada 7 oz setelah mencuba Set Menyusu Shaklee selama 4 hari." - Ummi Amni Humaira

"Dari 1.6 kg kepada 2.6 kg berat badan bayi pramatang setelah 2 minggu pengambilan." - Puan Qaseh Iffat Chenytha Lee

Produk Shaklee diyakini:

1. Selamat - lebih 100,000 ujian kualiti setahun
2. Berkesan - lebih 100 terbitan saintifik bertulis
3. Mesra alam - tidak bertoksik, bahan-bahan yang selamat untuk anda, rumah anda, dan bumi

HALAL?
Mempunyai sijil Halal ISA yang diiktiraf okeh JAKIM.

KKM?
Berdaftar dengan KKM. Mempunyai logo hologram pada botol.

BOLEH PERCAYA?
Sudah 50 tahun berada di pasaran dunia.


Adawiyahmastershaklee 
0139214771

Sunday, April 12, 2015

Penulis:Mus Deanial 
Akhir-akhir ini semakin ramai yang menegur ke atas kesan dan perubahan yang mereka nampak pada diri saya. Untuk pengetahuan anda, saya ni jenis yang bersaiz “tinggi dan besar”.
Dengan ketinggian 182cm & berat pernah mencecah 140kg memang la nampak sangat ke-Bam-Bam-mannya… :)
Asam garam menjadi orang yang Bersaiz BESAR ni tak perlu kata la. Memang saya dah merasai semua masalah yang di alami golongan ini.. Contohnya
  • Sering menjadi bahan ejekan
  • Malu, sebab tak menarik secara fizikal
  • Meluat, sebab selalu tak jumpa saiz baju
  • Risau tentang kesihatan
  • Lelah bila buat aktiviti fizikal seperti naik tangga dan sebagainya
Pernah gak memecahkan kaki kerusi kat kedai makan. Tah macam mana la boleh pecah time saya duduk. Tak pasal-pasal semua orang sekeliling pandang. Erm…

Bermulanya Kesan Sampingan Set Slimming Shaklee

SetSlimmingShaklee3
Semenjak saya di kenalkan dengan shaklee, kesan sampingan yang saya  dapat ke atas bentuk badan saya sangat memberangsangkan. Walaupun sebelum ini saya pernah mencuba beberapa produk slimming yang lainnya. Tapi shaklee ni bagi saya sangat berbeza.
Walaupun pada mulanya saya di paksa oleh isteri (Nadia) untuk makan supplemen shaklee ni. :)Tapi dalam sebulan lebih saya dah nampak kesannya. Yang bestnya masa tu saya tak pantang makan pun. :) Saya tak berpantang makan sebab masa tu di paksa rela. :)
Selang beberapa bulan, saya dah mula rasa seronok sebab dah nampak kesan yang positif pada diri saya. Lepas tu baru lah saya dengan sendirinya ingin menurunkan berat secara serius.

Saya Ingin Menurunkan Berat Badan Secara Serius

Lose weight now
Bila saya dah berazam ingin serius untuk menurunkan berat badan, saya mula cari formula yang sesuai untuk saya dan cara pengambilan makanan dan Set Slimming Shaklee dengan betul. Sebab, sebelum ni kan saya main belasah je. Paksa rela lah katakan.. hehe
Yer… bila saya dah tahu cara pengambilan Set Slimming Shaklee dengan kaedah yang betul. Penurunan berat saya lebih ketara. Terasa sangat mudah nak menurunkan berat badan bila formula yang di gunakan adalah formula yang betul.
Untuk pengetahuan anda, baru-baru ni sangat ramai yang bertanya saya macam mana saya dapat menurunkan berat badan. Bila saya cakap saya makan shaklee, ada yang memberikan respon negatif. Kerana, dia pernah guna Set Slimming Shaklee tapi berat tak turun.
Jawapan saya mudah.. “Memang betul Set Slimming Shaklee tidak akan berkesan kalau anda menggunakannya dengan cara yang salah
Bayangkan anda ada sebilah pisau, tapi anda menggunakannya dengan cara yang salah, iaitu anda memotong dengan keadaan mata pisau diterbalikkan. Mesti susah nak potong kan? Malah mungkin tak terpotong pun apa yang anda ingin potong itu.
Saranan saya kepada anda yang serius nak menurunkan berat badan dengan shaklee, Saya harap anda dapatkan nasihat cara pengambilan Set Slimming Shaklee dan cara pemakanan yang betul. Saya tak nak anda bazirkan wang anda beratus ringgit tapi anda tak tapat hasil yang anda impikan.

Set Slimming Shaklee Yang Mana Satu Saya Makan?

SetSlimmingShaklee3 copy
Okay, untuk pengetahuan anda, Ada 4 proses yang saya buat dalam proses menurunkan berat badan menggunakan Set Slimming Shaklee ini. Proses yang saya maksudkan adalah BERSIH, BAKAR, BUANG & BINA.

BERSIH

Untuk proses ini saya menggunakan HERBLAX & Alfalfa. Apa fungsi kedua-dua supplemen ini?
toksin2bkat2busus
1. Bersihkan keladak. Kita perlu membersihkan keladak yang telah lama melekat di dalam tubuh kita kerana ia akan menghalang nutrien yang kita ambil untuk di serap kedalam tubuh.
2. Detoksifikasi. Gambungan Herblax & Alfalfa ini boleh membantu kita  dalam proses detoksifikasi untuk membersihkan TOKSIN dari badan kita termasuk salur darah. :)

BAKAR & BUANG

bakar lemak
Proses Bakar & Buang ini saya gunakan Omega Guard & Lecithin. Fungsi bagi kedua-dua mereka adalah seperti berikut.
1. Membakar & Mengurai lemak tepu dalam tubuh badan kita. Tahukah anda lemak yang lama tersimpan di dalam badan akan menjadi tepu? Ini akan membuatkan kita sukar untuk membakar lemak tersebut. Oleh sebab itu saya menggunakan Omega Guard & Lecithin untuk membantu
2. Selain itu, Omega Guard juga dapat membantu membuang lemak di dalam salur darah. Ia juga dapat menghalang pemendapan lemak pada dinding jantung. Ini sekaligus dapat melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan serangan jantung.
3. Mengurangkan selera makan.
Proses ini secara tidak langsung dapat membantu kita untuk menurunkan kadar kolestrol dalam badan.

BINA

angkat-berat
Dalam proses ini saya menggunakan Cinch Shake. Apa kebaikannya cinch shake ni?
Diet menggunakan Cinch Shake ini adalah berbeza dari kebiasaan diet biasa sebab Cinch Shake dapat membantu untuk melindungi otot kita dari pada mengecut.
Dalam kebiasaan diet tanpa senaman, lemak akan terbakar dan berkurang dari badan kita. Tetapi ia juga mengakibatkan Otot kita turut serta mengecut dan mengecil.
Tetapi… Apa yang menarik dengan Cinch Shaklee adalah, ia dapat melindungi otot kita dari mengecut.
Ramai orang tak sedar yang Otot sebenarnya dapat membantu untuk mempermudahkan pembakaran lemak.
Lebih banyak atau besar otot kita, maka lebih mudah lah untuk kita membakar lemak dalam badan. Ini secara tak langsung akan lebih memudahkan proses penurunan berat badan.

Testimoni Diri Sendiri..

Ini adalah gambar-gambar saya yang dulu..
SetSlimmingShaklee05
SetSlimmingShaklee08
SetSlimmingShaklee09

SetSlimmingShaklee07
Dan inilah hasil daripada “Kesan Sampingan Set Slimming Shaklee

SetSlimmingShaklee11
Bersama Rakan Seperjuangan :)
SetSlimmingShaklee12
Ini Gambar Masa Buat “Health Check”

SetSlimmingShaklee13
Jadi Model Penapis Air Mudah Alih Kejap. hehe

SetSlimmingShaklee14
SetSlimmingShaklee15
SetSlimmingShaklee16
Baju yang sama tapi sangat berbeza apabila terkena Kesan Sampingan Dari Set Slimming Shaklee (Perut Sudah Hilang)
Perbezaan sangat ketara di antara dulu dan sekarang.. Itu lah yang membuatkan ramai orang tanya apa rahsia yang saya guna. :)
Rahsianya amat mudah…
1. Gunakan Cara Yang Betul
2. Gunakan Produk Yang Betul
3. Dapatkan Panduan Yang Betul Dari Orang Yang Telah Terbukti BERJAYA.
SetSlimmingShaklee

Alhamdulillah… Dengan 3 rahsia di atas, Set Slimming Shaklee banyak membantu saya..
Jujur saya katakan.. Selepas saya berjaya menurunkan berat badan ke tahap sekarang ini.. Saya rasa teringin membantu rakan-rakan yang mengalami masalah obesiti. Tapi biasanya tak dapat cakap pulak bila berdepan dengan mereka. Sebab takut sensitif je.. hihi.. :)
Tapi… Jika anda atau kenalan anda inginkan bantuan dari saya dalam masalah obesiti ini. Silakan whatsap 013-9214771. Saya akan berusaha membantu sebaik mungkin untuk anda lebih KURUS & SIHAT dari sekarang.
Sampai sini sahaja perkongsian pada hari ini… Saya doakan semoga anda sentiasa berada didalam kesihatan yang terbaik…
Jumpa lagi di lain waktu. “Jangan Lupa Like & Share yer”
Sumber daripada:Nadia Musa

Saturday, April 11, 2015

On 4:48 PM by Unknown in    No comments
Assalamualaikum semua pembaca jom baca ayat untuk jauh dari godaan syaitan.

taawuz

( Agar hati kita dijaga oleh Allah, dari hasutan-hasutan syaitan untuk berbuat dosa. Dan kerana dosa-dosa itu pun menyebabkan rezeki kita menjadi payah dan sempit. )

************************
Lafaznya mudah sahaja, dan perlu dibaca sebanyak 10 kali dalam tempoh 24 jam.

Baca 10 kali doa atau lafaz ini.... Hadirkan dalam hati maksudnya . Baca dengan penuh, mohon sungguh sungguh kepada Allah perlindungannya dari gangguan syaitan.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Auzubillah Minashaiton Nirajeem
"aku berlindung kepada Allah dari syaithan yg terkutuk".

Baca lafaznya yg dalam bahasa arab , kemudian hadirkan maksudnya kedalam hati , satu per satu.

InsyaAllah .... moga saya dapat mengamalkannya dengan sungguh sungguh dan istiqamah sehingga akhir hayat saya ..Amiinnn


Sumber: ustaz fathuri salehuddin


On 5:33 AM by Unknown in    No comments
Assalamualaikum semua jom baca perkongsian dari master nana macarona.

rezeki

[Formula Murah Rezeki-----> Formula 3S]

Formula ini nana dapat daripada pembacaan nana melalui buku Allah Tempat Meminta karangan Fathuri Salehuddin.. Dan nana rasa adalah lebih baik nana kongsikan kepada semua.. Ianya mengenai formula untuk mendapat rezeki yang murah dengan membuat apa yang Allah iaitu bergantung harap pada Allah :")

Moga ianya menjadi saham akhirat nana dan membantu nana saat di 'sana' nanti InshaAllah

S yang pertama ===> Solat. Utamakan solat kerana solat ini tiang agama.. Sedangkan perkara pertama yang dihisab di hari akhirat nanti pun adalah mengenai Solat.. Menandakan betapa pentingnya solat dalam kehidupan kita.. Dan semestinya manusia yang menjaga solat ialah manusia yang paling disayangi oleh Allah kerana menjaga pertama perkara yang penting sebagai manusia..

Ditambah dengan solat sunat seperti solat Dhuha. InshaAllah tiada kerisauan mengenai rezeki Allah kerana pasti ada jalan dan dibukakan pintu-pintu rezeki daripada sumber yang kadang kala kita pun tidak pasti..

S yang kedua ===> Sedekah. Andaikata kita inginkan sesuatu hajat kita dimakbulkan, perbanyakkan lah sedekah.. Kerana pasti ada ganjaran BESAR yang Allah nak beri andai Allah buka jalan sedekah pada kita..

Pernah ada ustaz membuat satu teka teki, Antara DOA dan SEDEKAH, mana satu yang Allah makbulkan dahulu? Jawapannya SEDEKAH dahulu baru doa.. Menandakan betapa besarnya fadhilat bersedekah..
Yakinlah kita pasti akan mendapat ganjaran yang tidak disangka-sangka

S yang ketiga ===>Sabar. Sabar ialah satu proses yang paling penting. Sabar ibarat ujian akhir untuk Allah menilai kita, sama ada mahu dan boleh menerima ataupun tidak.. Ramai orang boleh solat Dhuha dan bersedekah namun belum tentu mereka kuat untuk ISTIQAMAH. Fikirkan, Boleh jadi Allah hendak beri kita sesuatu rezeki yang BESAR pada waktu sekian-sekian, namun kita sudah berputus asa sebelum waktu yang Allah ingin beri..

Boleh jadi Allah mahu memberi LEBIH daripada harapan yang kita panjatkan, namun kerana putusnya harapan, Allah tunda di masa depan..

Kuncinya, MEMBERI DAHULU. Ikhlaskan pemberian.. Tak kira memberi dalam solat, sedekah mahupun sabar.. Yakinlah, kemahuan kita pasti tertunai dan urusan kita pasti dipermudahkan

FEEL FREE TO LIKE & SHARE

Sekian

Sumber: Nana Macarona

Friday, April 10, 2015

On 4:37 PM by Unknown in    No comments
Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi sekalian semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat Nya.
Hari ini saya nak kongsi tentang manfaat Ostematrix ni kepada tubuh badan kita.

shaklee, ostematrix


1. Menguatkan Tulang  

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas 

Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan,sakit sendi dan arthritis.

Masa hamil kita kerapkali kejang kaki kan?

3. Meringankan Stress 

Ianya mengimbang tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Ia juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki Masalah Haid 

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian Tubuh 

Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesity di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrient dan merangsang detoksifikasi. 

6. Vitamin D 

Dinamakan Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Juga bagus untuk mereka yang vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D.

7. Magnesium 

Magnesium merupakan antara ion positif yang penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

8. Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum 

Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan un tuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.

Siapa yang perlukan ostematrix?


#orang yang tak minum susu
#ibu hamil
#ibu menyusu
#wanita sengugut
#sakit sendi
#mudah letih/penat
#kurang kalsium

Ok..kalsium ni memang sesuai sngt di ambil untuk mereka yg bkaitan di ats
Korang yg xsuka minum susu tu ambil ostematrix nk.kaya dgn klsium hokey

Tahukah anda  1tablet ostematrix bersamaan dgn 1 gelas susu tinggi kalsium dan 80biji badam�...

Adawiyahmastershaklee
Whatsapp/telegram 0139214771

Thursday, April 9, 2015

On 8:25 AM by Unknown in    No comments
JODOH & SEDEKAH

jodoh, sedekah

************************
Soalan:Apakan yang membezakan solat Asar dan Zuhur?
Jawapan: Niat

************************
1) Sedekah itu menambah harta
2) Sedekah itu menyembuhkan penyakit
3) Sedekah itu menepis bala
4) Sedekah itu memudahkan (apa saja) hajat.

************************
Eh, baru perasan selama ini bersedekah belum pasang niat lagi. Ambilah peluang ini:

Sebentar lagi, bila mahu bersedekah kita pasanglah niat...

" Ya Allah, mudahkanlah jodohku asbab dari sedekah yang tidak seberapa ini ya Allah..."

************************
Tips ini diberi pun bersebab....
Sebabnya ramai yang PM dan maklumkan masih mencari jodoh.

************************
Kali ini kita jemput jodoh dengan sedekah.

Cubalah...

***********************

Sumber ustaz fathuri salehuddin
              Mudahnya menjemput rezeki
On 3:32 AM by Unknown in ,    No comments

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi semoga anda sentiasa berada di dalam rahmat Nya.
Jom baca success story dari master firdaus.


Ini kisah yang saya tak pernah cerita dengan orang. And this is my ultimate shaklee story.

Kenapa saya bersama shaklee?
Kenapa saya tinggalkan dunia korporat?

Saya kenal dengan Shaklee sebelum saya kenal isteri saya dan saya pernah cerita tentang kisah ni masa Master Celebration kami. Saya bermula dengan mengenali Shaklee Mealshake, protein shake yang berjaya buat saya kekal segar selepas lunch  mealshake ni saya dapat free sebab boss saya pengguna tegar shaklee. Satu keajaiban bila saya berjaya habiskan 1 tong mealshake, sebab selama ni saya pernah beli protein shake tapi cuma mampu bertahan sekadar sudu kedua, sebab protein shake terkenal dengan ketidak-sedapan hehe.

Fast forward, selepas saya berkahwin dengan isteri tersayang @nana saya dapat tahu dia mula berbisnes shaklee dengan vitamin C. Dan saya ikut perkembangan dia dari semasa ke semasa. Dari mula dia berbisnes shaklee, saya persoalkan segalanya berkaitan shaklee. Bukan apa, saya lebih rela takde duit daripada dapat duit dari sumber yang tak halal. Tahu kan makan dari sumber rezeki yang haram wajib dijilat api neraka.

Halal ke? Selamat ke?
MLM tipu orang ke?
Ada yang kena tipu ke?
Boleh bertahan lama ke?
Ada cara ke untuk orang eksploitasi sistem shaklee?

Banyak soalan dia tak dapat jawab haha. Saya pernah bekerja sebagai consultant dan dari perkara yang kecil, saya boleh sediakan BANYAK soalan  tapi saya tak salahkan isteri saya dan shaklee. Apa saya buat, saya kaji sendiri. Saya amik tahu tentang struktur bisnes shaklee. Saya banyakkan membaca info dan testimoni tentang shaklee. Saya juga rujuk kepada kawan2 dan ustaz2 untuk memastikan 'soheh'nya bisnes ni dari segi agama, feasibility, practicality dan reasonableness (actuary sangat kan)

Alhamdulillah, kesimpulan yang saya dapat sangat memuaskan. Sistem mungkin tak perfect tapi shaklee buat yang terbaik untuk memastikan sistem ini adil. Mana ada dunia yang perfect after all 

Berbalik kepada bisnes shaklee, saya tengok income isteri saya makin bertambah dan sampai satu tahap saya tak boleh terima sebab bonus shaklee dia 2 kaliganda gaji saya  sedih tak? Saya bekerja dari pagi ke malam naik moto redah hujan ribut panas tayar pancit demam2 bau asap lori hampir nak eksiden bagai, dia duduk rumah dapat lebih pulak.

Dan akhirnya saya pon terjebak sama. Ini keputusan yang mengubah hidup saya. A life changing decision. Masa tu saya tak pasti 100% bisnes kami akan pergi jauh, tapi saya serahkan semua pada Allah. Bayangkan selama 5 tahun saya hidup bekerja di office, tiba2 berhenti kerja. Ada yang tak yakin dan bagitau saya akan menyesal berhenti kerja. Tapi ramai yang tak tahu saya berhenti sebab saya tak bagitau orang hehe 🙈

Bila dah terjebak, makin banyak saya tahu tentang bisnes shaklee dan organisasi Spectacular sendiri. Saya happy berada dalam bisnes ni. Kami mentor kepada organisasi tapi kami bukan bos. Kami bantu orang dapatkan kehidupan yang lebih baik dari segi kesihatan dan kewangan. Dalam masa yang sama, kami tekankan pergantungan pada Allah sebab kami yakin apa pon kerja kita, bos no 1 semestinya Allah.

Kenapa saya tinggalkan dunia korporat? Adakah semata kerana duit? Jujur saya katakan, sejak saya berhenti kerja kewangan kami kembali tak stabil. Masa bekerja dulu gaji dalam RM5,000 sebulan. Bayangkan tiba2 takde gaji. Memang saya korek balik duit simpanan semua. Ada juga saya sambil2 jadi wedding photographer. Sampai ke tahap kami berjimat dengan masak sendiri, ataupon beli nasi kukus RM3 sebungkus (kebetulan ada pakcik ni jual murah). Sedih bila ingat balik  Masa ni tiada siapa yang tahu kecuali kami berdua. Famili kami pon tak tahu saya berhenti kerja. Memang boleh dikatakan susah senang kami, hanya Allah yang tau.

Apa yang saya nampak, untuk berjaya dalam shaklee, kita kena bantu orang lain. Bantu dapat kesihatan yang baik melalui nutrisi yang cukup. Tubuh kita ialah antara bukti kekuasaan Allah. Dulu saya tertanya2 kalau shaklee bukan ubat, macam mana nak sembuhkan penyakit? Rupanya bila tubuh kita dapat nutrisi yang cukup, tubuh kita mampu untuk melawan sendiri penyakit dan berfungsi dengan lebih baik (dengan izin Allah)

Selain dari bantu orang jadi sihat, dalam bisnes shaklee kita susah nak berjaya kalau kita tak bantu orang lain dapat income. Inilah antara perkara yang buat saya rasa bersyukur sangat dilorongkan ke bisnes shaklee. Kami happy dapat tambah nilai hidup orang lain (adding value to other people lives). Kepuasan diri bila dapat 'memberi' balik kepada masyarakat (giving back to the community). Sesuatu yang saya tak rasa ketika saya menyiapkan tugasan di pejabat. Bila mana kami berjaya bantu anak bisnes kami, mereka akan terharu dan kami pon ikut terharu sama. Kalau di pejabat memang peliklah kalau ada bos yang terharu bila kita siapkan tugasan. Diorg maybe appreciate, puji2 bagi bonus lebih tapi tu je lah. Its all about your contribution, your dependency to the company. With shaklee, there are emotions and sense of belonging.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun 6 bulan, kami dah bantu ramai untuk dapat kesihatan yang baik, dapat income dan kami dah capai banyak dalam bisnes ni. Kami bersyukur atas segala kurniaanNya.

Terima kasih Allah.
Terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kami.
Terima kasih kepada isteri tersayang yang sangat luar biasa. My shariik hayat. 

Saya boleh tulis panjang lagu tapi macam dah panjang sangat hehe. Gambar di bawah  ialah target kami ketika masih merangkak dalam bisnes shaklee. Awal-awal dulu saya memang pandang sebelah mata. Sekarang dah pandang dua belah mata sebab kami dah capai lebih daripada ni  moga Allah permudahkan urusan kami dan anak bisnes kami untuk lebih berjaya dan bantu lebih ramai manusia di luar sana.

Sumber : Master Firdaus
                 Director of Go Spectacular