Wednesday, May 7, 2014

On 3:27 PM by Unknown   No comments


Tokoh yang pertama mengetengahkan model profiling 4 kuadran adalah Hipocrates (460-370 S.M). Menurut beliau, kesihatan dan karakter kita bergantung kepada keseimbangan 4 cecair di dalam tubuh iaitu:
1. Darah merah (Erythrocyte)
2. Pleghm (respiratory secretion)
3. Yellow bile (empedu kuning)
4. Black bile (empedu kuning)

Kombinasi takat keseimbangan 4 cecair ini melahirkan empat bentuk keperibadian manusia iaitu:
• Predominan darah merah > sanguine
• Predominan empedu kuning > choleric
• Predominan empedu hitam > melancholic
• Predominan cairan pernafasan > phlegmatic

Kemudian Ibnu Sina (980-1037) menjadi perintis dalam bidang perubatan psikofisiologi dan psikomatik. Beliau mengembangkan teori Hipocrates sehingga meliputi aspek emosional, kapasiti mental, perilaku moral, self-awareness, pergerakan dan juga mimpi. Beliau kemudian menulis buku Al-Qanun fi at-Tib.

Secara ringkasnya, Ibnu Sina membahagikan perwatakan peribadi manusia kepada berikut:
• Sanguine / sifat panas & lembab (hot & moist)
• Choleric / sifat panas & kering (hot & dry)
• Melancholic / sifat dingin & kering (cold & dry)
• Phlegmatic / sifat dingin & lembab (cold & moist)
Hal ini disebutkan di dalam al-Qur’an bahawa Tuhan mendeskripsikan manusia tercipta dari:

1. Air (As Sajdah; 32:8) yang memiliki sifat dingin & basah;
2. Bumi (Ali Imran; 3:59) yang memiliki sifat dingin dan kering;
3. Tanah liat mentah (raw clay) (Al A’raaf; 7:12), yang memiliki sifat panas & basah;
4. Tanah kering seperti tembikar (sounding clay) (55:14), yang memiliki sifat panas dan kering.

Kemudian, Ibnu Sina menggambarkan 4 keperibadian tersebut dari dingin, panas, lembab dan kering dalam bentuk istilah elemen Tanah (Melancholic), Api (Choleric), Air (Phlegmatic), dan Udara (Sanguine). Teori ini masih digunapakai hingga ke hari ini.


(contoh ujian di sini: http://personality-testing.info/tests/4T.php)

from fb tarbiyah kreatif

0 comments:

Post a Comment