Saturday, March 29, 2014

On 9:20 PM by Unknown in ,    No comments
Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi di samping mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E, and vitamin K. Oleh itu ia bermanfaat untuk dijadikan asas bagi makanan tambahan dan suplemen.
Lebih 1,500 tahun orang Cina kuno menggunakan alfalfa muda untuk merawat penyakit usus dan ginjal. Mereka juga merawat pesakit yang mengalami sakit sendi (arthritis) dan bengkak kaki akibat pengumpulan air (water retention).


Kini alfalfa masih digunakan oleh tabib herba untuk merawat penyakit ginjal, pundi kencing, dan kalenjar prostate bagi melancarkan pengeluaran air kencing. Ia juga digunakan untuk rawatan kolesterol yang tinggi, asthma, osteoarthritis, rheumatoid arthritis, diabetes, kekembungan perut dan masalah pendarahan seperti thrombocytopenic purpura.
Disebabkan keistimewaan dan kelebihan Alfalfa, ada yang mengatakannya sebagai 'raja tumbuhan herba' kerana;

1. Alfalfa Shaklee kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin B,C,E dan K dengan jumlah yang seimbang. Juga mengandungi kalsium,  magnesium, kalium, fosforus, zat besi, antioksidan, florida, protein, mineral surih, serat dan asid lemak. 

2. Alfalfa Shaklee berupaya mencuci hati, darah dan usus. 

3. Alfalfa Shaklee memainkan peranan penting dalam penyerapan protein & karbohidrat serta menyingkirkan lemak&kolestrol.

Keistimewaa Utama Alfalfa Shaklee berbanding jenama lain?1. Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia. 2. Diproses daripada sumber terbaik daun alfalfa (tanpa akar dan batang)3. Alfalfa Shaklee diproses dalam bentuk pil yang boleh dihancurkan dan dijadikan minuman herba semulajadi.4. Alfalfa Shaklee tiada bahan pengawet, perasa tiruan, pewarna mahupun pemanis.5. Membantu melengkapkan zat dan nutrien yang diperlukan oleh sistem tubuh seseorang.

Kebaikan Utama Alfalfa Shaklee:1. Mencuci hati, darah dan usus.Alfalfa mengandungi sifat alkali yang boleh meneutralkan keadaan badan yang berasid, nyahtoksin, bersihkan hati dan darah.
2. Memperbaiki keadaan kulit dan merawat kurap dan bau badan.
3. Menyingkirkan lemak dan kolestrol.Daripada kajian klinikal, terbukti alfalfa mampu menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, serangan strok, dan darah tinggi. Alfalfa mengandungi 'saponin' iaitu sejenis span yang bertindak sebagai serap untuk menyerap kolestrol.
4. Melawan tumor.Alfalfa berupaya memperbaiki sel-sel kanse dan membuang tumor.
5. Melegakan keletihan badanBadan yang berada dalam keadaan neutral akan lebih terasa segar dan bertenaga.


Siapa yang tak boleh ambil alfalfa dan perlu rujuk kepada doktor dahulu untuk mengambil alfalfa:

seorang pesakit yang sedang mengambil ubat seperti amitriptyline dan  ubat antibiotic seperti Ciprofloxacin, Norfloxacin, Lomefloxacin, Ofloxacin, Levofloxacin, Sparfloxacin, Gatifloxacin, Moxifloxacin, Trimethoprim/sulfamethoxazole (Bactrim) dan tetracycline, diingatkan agar berbincang dengan doktor dahulu.

Bagi pesakit kanser payudara, kanser rahem (uterine cancer), kanser ovari, endometriosis, atau fibroids, juga harus mengelakkan diri dari mengambil alfalfa.   Dibimbangi alfalfa yang mempunyai kesan seperti estrogen, walaupun kecil  akan merangsang sel-sel dalam organ rahem, payudara dan ovari untuk menjadi kanser. Walaubagaimanapun kebimbangan ini belum dibuktikan secara kajian klinikal.
Pesakit “auto-immune diseases”  seperti  multiple sclerosis (MS), systemic lupus erythematosus,(SLE) dan rheumatoid arthritis (RA), dinasihatkan agar tidak mengambil alfalfa sebagai makanan tambahan dan suplemen. Ini kerana alfalfa boleh menyebabkan penyakit mereka akan menjadi lebih serius.
Pesakit yang menjalani pemindahan organ seperti ginjal dan hati harus mengelakkan diri dari mengamalkan alfalfa kerana ia boleh memudaratkan. Dibimbangi organ yang dipindahkan tidak dapat digunakan kerana fenomena ‘body rejection’.
Ini kerana ubat yang diberikan untuk merendahkan daya tahan menjadi tidak berkesan apabila pesakit memakan alfalfa. Antara ubat itu ialah azathioprine (Imuran), basiliximab (Simulect), cyclosporine(Neoral, Sandimmune), daclizumab (Zenapax), muromonab-CD3 (OKT3, Orthoclone OKT3),mycophenolate (CellCept), tacrolimus (FK506, Prograf), sirolimus (Rapamune), prednisone (Deltasone, Orasone) dan corticosteroids (glucocorticoids).
Alfalfa juga dikatakan boleh menurunkan kandungan gula dalam darah. Jadi pesakit diabetes yang mengamalkan ubat diabetes, sama ada tablet atau suntikan harus berhati-hati untuk memastikan gula dalam darah tidak terlalu rendah. Jika gula terlalu rendah, boleh menyebabkan pesakit menjadi pengsan dan koma.
Alfalfa boleh memekatkan darah kerana mengandungi kuantiti vitamin K yang banyak. Bagi pesakit yang mengalami penyakit yang disebabkan darah yang pekat dan diberikan ubat Warfarin (Coumadin)untuk mencairkan darah, elakkan dari menggunakan alfalfa sebagai suplemen. Alfalfa akan menyebabkan ubat warfarin menjadi kurang berkesan. Ini bermakna darah mereka akan menjadi pekat dan mudah membeku. Akhirnya boleh menyebabkan stroke.
Jadi pesakit yang mengalami darah yang pekat dan mudah membeku, harus berhati-hati mengambil alfalfa. Mereka mungkin memerlukan dos warfarin yang lebih besar.
Sebagai kesimpulannya, suplemen alfalfa memberikan manfaat bagi sesetengah pesakit, namun harus berbincang dengan doktor bagi mengelakkan kemudaratannya.

credit to :

sila email ke krimcendawan@yahoo.com
Shaklee Independant Distributor 
Rabiatul Adawiyah Rushaidi
1120905

0139214771
untuk pembayaran :
164388855192-MAYBANK

0 comments:

Post a Comment