Thursday, April 9, 2015

On 3:32 AM by Unknown in ,    No comments

Assalamualaikum pembaca yang dikasihi semoga anda sentiasa berada di dalam rahmat Nya.
Jom baca success story dari master firdaus.


Ini kisah yang saya tak pernah cerita dengan orang. And this is my ultimate shaklee story.

Kenapa saya bersama shaklee?
Kenapa saya tinggalkan dunia korporat?

Saya kenal dengan Shaklee sebelum saya kenal isteri saya dan saya pernah cerita tentang kisah ni masa Master Celebration kami. Saya bermula dengan mengenali Shaklee Mealshake, protein shake yang berjaya buat saya kekal segar selepas lunch  mealshake ni saya dapat free sebab boss saya pengguna tegar shaklee. Satu keajaiban bila saya berjaya habiskan 1 tong mealshake, sebab selama ni saya pernah beli protein shake tapi cuma mampu bertahan sekadar sudu kedua, sebab protein shake terkenal dengan ketidak-sedapan hehe.

Fast forward, selepas saya berkahwin dengan isteri tersayang @nana saya dapat tahu dia mula berbisnes shaklee dengan vitamin C. Dan saya ikut perkembangan dia dari semasa ke semasa. Dari mula dia berbisnes shaklee, saya persoalkan segalanya berkaitan shaklee. Bukan apa, saya lebih rela takde duit daripada dapat duit dari sumber yang tak halal. Tahu kan makan dari sumber rezeki yang haram wajib dijilat api neraka.

Halal ke? Selamat ke?
MLM tipu orang ke?
Ada yang kena tipu ke?
Boleh bertahan lama ke?
Ada cara ke untuk orang eksploitasi sistem shaklee?

Banyak soalan dia tak dapat jawab haha. Saya pernah bekerja sebagai consultant dan dari perkara yang kecil, saya boleh sediakan BANYAK soalan  tapi saya tak salahkan isteri saya dan shaklee. Apa saya buat, saya kaji sendiri. Saya amik tahu tentang struktur bisnes shaklee. Saya banyakkan membaca info dan testimoni tentang shaklee. Saya juga rujuk kepada kawan2 dan ustaz2 untuk memastikan 'soheh'nya bisnes ni dari segi agama, feasibility, practicality dan reasonableness (actuary sangat kan)

Alhamdulillah, kesimpulan yang saya dapat sangat memuaskan. Sistem mungkin tak perfect tapi shaklee buat yang terbaik untuk memastikan sistem ini adil. Mana ada dunia yang perfect after all 

Berbalik kepada bisnes shaklee, saya tengok income isteri saya makin bertambah dan sampai satu tahap saya tak boleh terima sebab bonus shaklee dia 2 kaliganda gaji saya  sedih tak? Saya bekerja dari pagi ke malam naik moto redah hujan ribut panas tayar pancit demam2 bau asap lori hampir nak eksiden bagai, dia duduk rumah dapat lebih pulak.

Dan akhirnya saya pon terjebak sama. Ini keputusan yang mengubah hidup saya. A life changing decision. Masa tu saya tak pasti 100% bisnes kami akan pergi jauh, tapi saya serahkan semua pada Allah. Bayangkan selama 5 tahun saya hidup bekerja di office, tiba2 berhenti kerja. Ada yang tak yakin dan bagitau saya akan menyesal berhenti kerja. Tapi ramai yang tak tahu saya berhenti sebab saya tak bagitau orang hehe 🙈

Bila dah terjebak, makin banyak saya tahu tentang bisnes shaklee dan organisasi Spectacular sendiri. Saya happy berada dalam bisnes ni. Kami mentor kepada organisasi tapi kami bukan bos. Kami bantu orang dapatkan kehidupan yang lebih baik dari segi kesihatan dan kewangan. Dalam masa yang sama, kami tekankan pergantungan pada Allah sebab kami yakin apa pon kerja kita, bos no 1 semestinya Allah.

Kenapa saya tinggalkan dunia korporat? Adakah semata kerana duit? Jujur saya katakan, sejak saya berhenti kerja kewangan kami kembali tak stabil. Masa bekerja dulu gaji dalam RM5,000 sebulan. Bayangkan tiba2 takde gaji. Memang saya korek balik duit simpanan semua. Ada juga saya sambil2 jadi wedding photographer. Sampai ke tahap kami berjimat dengan masak sendiri, ataupon beli nasi kukus RM3 sebungkus (kebetulan ada pakcik ni jual murah). Sedih bila ingat balik  Masa ni tiada siapa yang tahu kecuali kami berdua. Famili kami pon tak tahu saya berhenti kerja. Memang boleh dikatakan susah senang kami, hanya Allah yang tau.

Apa yang saya nampak, untuk berjaya dalam shaklee, kita kena bantu orang lain. Bantu dapat kesihatan yang baik melalui nutrisi yang cukup. Tubuh kita ialah antara bukti kekuasaan Allah. Dulu saya tertanya2 kalau shaklee bukan ubat, macam mana nak sembuhkan penyakit? Rupanya bila tubuh kita dapat nutrisi yang cukup, tubuh kita mampu untuk melawan sendiri penyakit dan berfungsi dengan lebih baik (dengan izin Allah)

Selain dari bantu orang jadi sihat, dalam bisnes shaklee kita susah nak berjaya kalau kita tak bantu orang lain dapat income. Inilah antara perkara yang buat saya rasa bersyukur sangat dilorongkan ke bisnes shaklee. Kami happy dapat tambah nilai hidup orang lain (adding value to other people lives). Kepuasan diri bila dapat 'memberi' balik kepada masyarakat (giving back to the community). Sesuatu yang saya tak rasa ketika saya menyiapkan tugasan di pejabat. Bila mana kami berjaya bantu anak bisnes kami, mereka akan terharu dan kami pon ikut terharu sama. Kalau di pejabat memang peliklah kalau ada bos yang terharu bila kita siapkan tugasan. Diorg maybe appreciate, puji2 bagi bonus lebih tapi tu je lah. Its all about your contribution, your dependency to the company. With shaklee, there are emotions and sense of belonging.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun 6 bulan, kami dah bantu ramai untuk dapat kesihatan yang baik, dapat income dan kami dah capai banyak dalam bisnes ni. Kami bersyukur atas segala kurniaanNya.

Terima kasih Allah.
Terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kami.
Terima kasih kepada isteri tersayang yang sangat luar biasa. My shariik hayat. 

Saya boleh tulis panjang lagu tapi macam dah panjang sangat hehe. Gambar di bawah  ialah target kami ketika masih merangkak dalam bisnes shaklee. Awal-awal dulu saya memang pandang sebelah mata. Sekarang dah pandang dua belah mata sebab kami dah capai lebih daripada ni  moga Allah permudahkan urusan kami dan anak bisnes kami untuk lebih berjaya dan bantu lebih ramai manusia di luar sana.

Sumber : Master Firdaus
                 Director of Go Spectacular


0 comments:

Post a Comment